November 22, 2010

Teringat masa Semester 3.

Aku sebuah kole/cawan/mug besi.
Aku dibuat dari ketulan aluminium dan mungkin bahan bahan seperti copper, tin, ore, metal, dan mcm mcm lagi.
Aku dilahirkan di Kuala Lumpur.
Kemudian aku berada dibawah jagaan kedai RM5.
Ya, bahan tiruan macam aku ni, tak sebeberapa harganya.

Pada suatu hari,
seorang wanita tidak sebeberapa cantik masuk ke kedai RM5,
dan dia menerus jalan laju ketempat aku diletakkan.
Aku rasa begitu popular.
Sampai orang tergila-gilakan aku.
Dia memegangku, meraba-rabaku, membelekku,
Lalu dia keluarkan telefon bimbit sony ericsonnya yg slide tapi tak cantik itu,
dia berkata
"Cha, kau nak tak silverware?"
"Hah, aku beli mug besi ni, murah je, nanti aku bawak ke melaka"

Lalu, aku pun dibeli dan terus menjadi jagaan perempuan tersebut,
yang peliknya, aku ditemani rakan-rakan, rakanku seorang ni sama spesis,
dan lagi seorang lain, cerah kulit nya, berlutsinar,
Kami bersahabat baik,
Namun demikian, kami berkesempatan untuk berkenalan selama 3 hari sahaja,
Kenapa?
Pada hari ke3 aku telah diberi oleh tuan aku kpd kawannya,
Lelaki, Kacak, Segak, Anggun, Dan Baik hati orang nya.

Tetapi hairan, kenapa aku dibeli?
Suatu hari tuan baru aku membawa aku ketempat yang gelap gelita dan sejuk,
aku rasa takut,
tetapi aku nampak besi besi yang lain juga,
oh, tidak lupa kawan sama spesis ku, tetapi kali ini ada pengayak tepung dan jugak kuali.

Pada satu ketika itu, aku diletakkan di atas table top,
bersama2 rakan2 yang lain,
BANG! BANG! BANG! CLICK! CLICK! CLICK! cahaya mana datang?
rupa rupanya aku berada di studio photography,
wah, aku dijadikan model, tak sangka. Terharu mekk~

Tembakan demi tembakan,
tiba tiba, aku diletakkan dalam surat khabar semula,
untuk pelindungan, dan penjagaan rapi lah.
Aku tertidur, dan terdengar jeritan rakan-rakan ku juga.

Selepas itu, aku bangun,
aku tidak tahu mana tuan aku, sebabnya tuan aku sudah tukar semula.
Jadi aku pun tak tahu mana aku berada. :(
Mungkin aku sesat. Dan kemudian aku tidak diguna pakai,
aku berada di dalam surat khabar,
begitulah hidup ku sampai skrg.

2 comments: